|
Pada 11 Mei 2013, Majlis Penutupan Kursus "Team Building" Siri 1/2013 telah diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan. Majlis telah disempurnakan oleh wakil Pengerusi LSS iaitu En. Ken@Kane Manong. Majlis juga telah dihadiri oleh Tuan Controller, En. William Jinep, Timbalan Controller, En. Teo Swee Ann, pegawai- pegawai kanan serta kakitangan LSS yang lain.
Majlis penutupan tersebut telah diserikan dengan persembahan menarik dari peserta- peserta kursus dan pada penghujung majlis, sijil penyertaan disampaikan oleh wakil Pengerusi LSS kepada semua peserta. Antara pengisian kursus selama 3 hari tersebut adalah ceramah motivasi, taklimat berhubung bidang tugas, aktiviti kerohanian serta aktiviti jasmani.

Sila klik di sini untuk galeri gambar |