Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 21 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Perutusan PengerusiPerutusan Pengerusi

Assalamualaikum wbt,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan perutusan dalam laman web Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS). Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea untuk merealisasikan satupembaharuan kepada laman web ini.

Sesuai dengan jolokan negeri mempunyai banyak sungai yang panjang serta penuh dengan khazanah yang sangat bernilai, dihiasi flora serta fauna yang mengagumkan, Sarawak pastinya berkeupayaan menawarkan kepelbagaian dari sungainya untuk tujuan penyelidikan, rekreasi dan pembangunan dari khazanahnya atau sektor pengangkutan hinggalah ke sektor pelancongan.

Sungai yang kita warisi sejak zaman berzaman untuk pelbagai kepentingan dalam kehidupan harian akan juga kita abadikan sebagai warisan untuk generasi akan datang. Justeru itu sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus, memelihara dan memulihara sungai agar kekal bersih, selamat dan semulajadi, LSS bersama-sama jabatan dan agensi berkaitan yang lain telah berusaha membuat perancangan dengan teliti dan pembangunan yang mampan agar bila kita tinggalkan sebagai warisan nanti, sungai yang kita banggakan ini sama nilainya semasa kita warisi dari generasi terdahulu. Ke arah itu saya menyeru agar kita semua terus bekerjasama dan berganding bahu untuk merealisasikan impian ini.

Sesungguhnya LSS sentiasa komited ke arah menjadikan sungai kita Bersih, Selamat dan Semulajadi.

Selamat melayari laman web kami.

 

DR.MURNI BIN SUHAILI

Pengerusi

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.