Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Last Update: 18 Feb 2018
Version 8.0.3
Majlis Apresiasi Lembaga Sungai - Sungai Sarawak
Posted on : 25 Sep 2017  Source of News: Lembaga Sungai - Sungai Sarawak
 

MAJLIS APRESIASI JEMAAH AHLI LEMBAGA TAMAT TEMPOH PERKHIDMATAN, PERSARAAN PEGAWAI - PEGAWAI LSS DAN HIGH PERFORMANCE TEAM (HPT) PADA 7 SEPTEMBER 2017 DI HOTEL RIVERSIDE MAJESTIC, KUCHING

Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak menyampaikan cenderahati kepada Datuk Snowdan Lawan yang merupakan Jemaah Ahli Lembaga, Lembaga Sungai - Sungai Sarawak yang tamat tempoh atas perlantikan beliau sebagai Menteri Muda Belia dan Sukan, Sarawak. (Klik sini untuk gambar berikutnya)

Datuk Dr. Jerip Susil juga menyampaikan sijil dan cenderahati kepada Jabatan yang terlibat di dalam Pasukan High Performance Team (HPT) iaitu Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS), KPDNKK, RELA dan APM semasa Operasi Gawai - Raya 2017.

Di samping itu juga majlis menyampaikan sijil dan cenderahati kepada Encik Christopher Chan Ah Man, Encik Nasri Bin Rasad, Tuan Haji Janilabidin Bin Jamaludin, Encik Rajli Bin Lan, Encik Bolhan Bin Akup dan Encik Durit anak Moting yang telah bersara dan akan bersara pada tahun ini. Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi LSS Dr. Murni Bin Suhaili, Controller William Jinep dan Pegawai - Pegawai LSS.