Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 24 Okt 2018
Versi 8.1.2
Perutusan Controller Sempena Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2018
Tarikh : 28 May 2018  Sumber Berita: Sumber Dalaman LSS
 

card

Salam sejahtera kepada semua Pegawai, kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan seluruh warga penduduk negeri Sarawak.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan perutusan ini. Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus dalam menjalankan tugas Operasi Keselamatan Sempena Perayaan Hari Gawai Dayak 2018 yang bermula pada 25 sehingga 31 Mei 2018. Ini adalah bertujuan bagi memastikan tidak ada berlaku kemalangan sungai dan para penumpang sampai ke destinasi dengn selamat.

Sebelum ini juga telah diadakan dua Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Pengangkutan Sungai pada 19 Mei 2018 di Terminal Penumpang Kapit dan 20 Mei 2018 di Terminal Penumpang Sibu yang mana telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Anak Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan.

Semua ini dilakukan adalah bertujuan bagi memberitahu orang awam tentang pentingnya keselamatan semasa menggunakan bot ekspress dan memastikan pengusaha-pengusaha bot ekspress mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk pelayaran yang selamat.

Saya amat bangga atas kerjasama yang padu dan komited tinggi daripada semua Pegawai serta kakitangan dalam menjayakan Operasi Keselamatan Sempena Perayaan Hari Gawai Dayak 2018 disamping dapat mempertengahkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sebagai satu agensi Peneraju Pengangkutan Sungai yang berprestij.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Pegawai  serta kakitangan yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali kepada semua Pegawai dan kakitangan serta warga penduduk negeri Sarawak yang bakal merayakan Hari Gawai Dayak, saya mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak 2018.

RICHARD TAJAN
Controller
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.