Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Perutusan Controller Lembaga Sungai - Sungai Sarawak Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2018
Tarikh : 14 Jun 2018  Sumber Berita: Sumber Dalaman LSS
 

banner raya

Perutusan Controller 

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Sempena Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018.

Salam sejahtera kepada semua Pegawai, kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan seluruh warga penduduk negeri Sarawak.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan perutusan ini. Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus dalam menjalankan tugas Operasi Keselamatan Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018 yang bermula pada 12 sehingga 14 Jun 2018. Ini adalah bertujuan bagi memastikan tidak ada berlaku kemalangan sungai dan para penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

Sebelum ini juga telah diadakan dua Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Pengangkutan Sungai pada 19 Mei 2018 di Terminal Penumpang Kapit dan 20 Mei 2018 di Terminal Penumpang Sibu yang mana telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Anak Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan. 

Semua ini dilakukan adalah bertujuan bagi memberitahu orang awam tentang pentingnya keselamatan semasa menggunakan bot ekspress dan memastikan pengusaha-pengusaha bot ekspress mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk pelayaran yang selamat.

Saya amat bangga atas kerjasama yang padu dan komited tinggi daripada semua Pegawai serta kakitangan dalam menjayakan Operasi Keselamatan Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018 disamping dapat mempertengahkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sebagai satu agensi Peneraju Pengangkutan Sungai yang berprestij.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Pegawai serta kakitangan yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Akhir sekali kepada semua Pegawai dan kakitangan serta seluruh warga penduduk Negeri Sarawak yang bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri 2018, saya mengucapkan Selamat
 Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

RICHARD TAJAN
Controller
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.