Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Okt 2018
Versi 8.1.2
Kempen Keselamatan dan Kebersihan Sungai serta Program Gotong-Royong LSS Bersama Komuniti
Tarikh : 28 Jul 2018  Sumber Berita: Sumber Dalaman LSS
 

SRB

Kempen Keselamatan dan Kebersihan Sungai serta Program Gotong-Royong LSS Bersama Komuniti telah diadakan pada 27 hingga 28 Julai 2018 bertempat di Rh. Dieo, Tanjong Penasu, Batang Igan, Sibu yang telah dirasmikan oleh Controller LSS, Richard Tajan, turut dihadiri Timbalan Controller, Assistant Controller (Central Region), Assistant Controller (Enforcement), Pegawai - Pegawai LSS, PDRM, Kementerian Pertanian, Seraban Group (NGO), Political Secretary YAB CM (Encik Daniel) Ex Political Secretary YAB CM ( Andrew Silling), Ketua Masyarakat dan 13 Tuai Rumah serta para penduduk dari kawasan Penasu bagi memeriahkan dan menjayakan program tersebut.

Aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan bagi mencapai objektif program ini adalah:

1.Ceramah Kebersihan Sungai oleh LSS
2. Ceramah Bahaya Dadah oleh PDRM 
3. Ceramah Pencegahan Kebakaran dan Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api oleh Seraban (NGO)
4. Ceramah Pembangunan Tanah Hak Adat (NCR) oleh Kementerian Pertanian Sarawak
5. Sesi menandatangani Friend Of Rivers LSS oleh 13 Tuai Rumah kawasan Penasu
6. Penyerahan Life Jacket kepada 13 Tuai Rumah kawasan Penasu dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Untuk maklumat lanjut sila klik link Fb page rasmi Lembaga Sungai - Sungai Sarawak.