Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 15 Ogos 2018
Versi 8.1.0
Perarakan Gawai Niti Daun 2018
Tarikh : 26 Jun 2018  Sumber Berita: Sumber Dalaman LSS
 

niti daun

Pihak Lembaga Sungai - Sungai Sarawak telah menyertai Perarakan Gawai Niti Daun 2018 bertempat di Kuching Waterfront, Kuching Sarawak yang telah diadakan pada 22 Jun 2018 telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan turut hadir Yang Berhormat Menteri - Menteri dan Dif - Dif Kenamaan.

Perarakan ini melibatkan Kontijen di darat dan di sungai,
Kontijen perarakan di darat melibatkan 100 pasukan pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO manakala perarakan di sungai melibatkan 197 peserta iaitu pihak ATM, Bomba, LSS, Jabatan Laut, APMM, APAM dan River Cruise.

Pihak Lembaga Sungai - Sungai Sarawak telah menghantar 33 anggota yang diketuai oleh Controller Richard Tajan untuk perarakan di sungai menggunakan 4 buah bot laju dengan mengenakan pakaian tradisional kaum Dayak telah dilaksanakan dengan jayanya.